Ketika Cinta Bertasbih 1

0
COM


Filem Ketika Cinta Bertasbih 1, yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu (tidaklah dahulu mana). Impaknya sehingga kini.

Ketika Cinta Bertasbih 2

0
COM


Filem Ketika Cinta Bertasbih 2, sambungan kepada Ketika Cinta Bertasbih 1.

Program Ukhuwah dan Rekreasi PISMP J3

5
COM
Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."


Serasanya, banyak perkara yang berlegar-legar di ruang kosong akal fikiran sekarang ini, walaupun banyak benda yang menaungi cepu kepala aku sekarang. Namun, aku mahu juga menulis di sini.

Rabu minggu lepas, 11 Julai 2012, kelas aku telah mengadakan satu Program Ukhuwah dan Rekreasi PISMP J3 di AEON JUSCO Kinta City. Alhamdulillah, kebetulan hari itu hari pembayaran biasiswa untuk unit kami.

Seputar sepanjang program (beberapa yang terpilih)





Disertakan sekali kumpulan-kumpulan yang bertanding pada malam itu. Main bersama ukhuwah dan mahukan kesihatan tubuh badan sebagai persediaan Ramadan yang bakal menjelma Sabtunya.



Gambar bersama sepukul



Ustaz Haslin Bahrim 1

0
COM


Ceramah sempena Program Penghayatan Israk Mikraj di sebuah surau. Orang Perempuan Senang Masuk Syurga | Perasaan Malu dan Iman Itu Penting

Qasidah Istighfar

2
COM


Pemilik suara ini tentu sahaja bersih jiwanya sesuci suaranya. Subhanallah!

Salam Ramadan al-Mubarak untuk hari yang ke-3. Semoga perjalanan hari ini lancar dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah. Insya-Allah.

p/s: pembentangan fotografi, kuliah linguistik, RPH PJK dan kerja-kerja yang tertangguh.

Suara Azan oleh Fitri Haris

0
COM


Lagu ini sering kali diputarkan di IKIM.FM tatkala usai azan dilaungkan. Pada mulanya, aku tidak mengecam akan suara penyanyinya.

Ada benarnya dalam seni katanya...

Zikir Terapi Solla Alaikallah oleh Imam Muda Najdi

0
COM

Mencari Lembayung Cinta - BIG Siri 4

1
COM
Assalamulaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."


Hanya beberapa jam lagi kelas aku (J3) dan kelas PAI (J17) akan berangkat ke Kuala Gula untuk siri Bina Insan Guru yang keempat dalam tempoh pengajian PISMP ini. Termaktub dalam klausa kursus wajib, jadi tidak mahu tidak, bagi yang tidak berminat, haruslah minat-minatkan.

Insya-Allah, program ini bakal dilaksanakan dengan pertolongan Allah selama 3 hari 2 malam bersama-sama keluarga angkat di sana, yang dikhabarkan terdiri daripada keluarga-keluarga nelayan. Alhamdulillah, dapat juga merasai kehidupan bersama-sama dengan golongan nelayan.

Kain rentang untuk program
(kredit kepada AJK Publisiti)

Mencari Lembayung Cinta...
Ya, barangkali berkesampatan menemui cinta pada wajah dunia ciptaan-Nya. Mana tahu, dapat kubawa pulang untuk dijaga dan diberikan nafas baharu untuk penganan seterusnya. Insya-Allah bakal berhasil dengan hendak-Nya.

Oleh hal yang demikian, semoga dan amat berharap agar program ini berjalan dengan lancara ekoran persediaan dan persiapan rapi yang giat dijalankan oleh setiap jawatankuasa yang telah dilantik. Innallaha maana!

Aku - seperti biasa berada pada posisi yang tidak pernah mahu berpisah dengan rutinku di sini. MC majlis penutupan. 


p/s Moga-moga berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Doakan keselamatan pergi dan pulang...

Lawatan Penanda Aras JPP IPG Kampus Ipoh

0
COM
Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."


6 - 8 Julai 2012 yang lalu, aku berkesempatan menyertai satu Lawatan Penanda Aras Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) IPG Kampus Ipoh, anjuran dan kelolaan Exco Perhubungan Luar dan Pengantarabangsaan ke IPG-IPG Zon Utara. Program lawatan ini bertujuan untuk melihat dan berkongsi-kongsi idea dan pendapat antara JPP IPG Kampus Ipoh bersama-sama IPG-IPG Zon Utara.

Syukur alhamdulillah, sebanyak 5 buah IPG telah berjaya dilawati dan dengan jayanya proses perbincangan 'ala YB' dijalankan. 5 buah IPG tersebut ialah:


Institut Pendidikan Guru Kampus Persekutuan Pulau Pinang, Pulau Pinang.


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Pulau Pinang.


Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah.


Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Kedah.


Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Perlis.


Pertemuan dua mata antara JPP ini serba sedikit membuka ruang perbincangan dan membentuk resolusi yang boleh dicadangkan kepada pihak yang lebih tinggi terhadap beberapa permasalahan yang berlaku di IPG masing-masing.

Semoga dengan lawatan ini, kedua-dua pihak memperoleh ibrah dan resolusi yang diharapkan seperti yang termaktub dalam objektif yang ditetapkan pihak penganjur. Terima kasih kepada jurugambar, Firdaus Md. Fadzil (Pedot Elipsis) atas gambar yang dirakamkan.


p/s: menghitung hari untuk BTN




Advance Organizer (Model ASSURE)

0
COM
Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."


Hari ini, kelas EDU3105 berbentuk interaktif yang berlandaskan kepada model ASSURE. Pensyarah, Dr. Ismail Md. Zain menggunakan analogi untuk memberikan gambaran kepada aku dan kawan-kawan terhadap pembelajaran hari ini.


Advance Organizer - gambaran menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran (memetik kata-kata Fathin Husna dalam pembentangan yang dilakukan).

Untuk memberikan kefahaman, Dr. Ismail menggunakan pendekatan ujian daya ingatan kepada kami. Beliau menyanarai pendek perkataan-perkataan ini:

kapal
meja
telur
meja
buku
jalan
rumah
telefon
baju
bunga
nasi
ikan
rambut
tangan
pensel
pisau
titi
daun
jam
tangan



Dan juga nombor-nombor ini:

530600820210135436

Pelaksanaannya berbentuk membuat gambaran atau membina satu cerita yang boleh membantu murid-murid mengingat setiap perkataan dan nombor-nombor yang diberikan. Kaedah ini bukanlah seperti kaedah hafalan yang sentiasa dilakukan oleh mana-mana murid, tetapi kaedah ini lebih menjurus kepada kaedah mengingat untuk jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang.

p/s: Bolehlah aplikasikan di sekolah nanti!

Marga Ranah Rusuhan - Fragmen Terpilih

6
COM
Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."


Sekian lama tidak kuketik papan kekunci ini. Dan baharu sahaja tiba dari lawatan seluruh IPG Zon Utara bawah kendalian Exco Perhubungan Luar dan Pengantarabangsaan, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar.

Dan...
Kurasakan hari ini merupakan hari yang terindah dalam hidupku kerana cerpen 'Marga Ranah Rusuhan' yang kutulis lewat Mei lalu, terpilih dalam ruangan cerpen Mingguan Malaysia edisi 8 Julai 2012. Aku dimaklumkan oleh abang sulungku pagi tadi ketika berada di IPG Kampus Darulaman, Kedah.

Cerpen ini merupakan cerpen pertamaku yang keluar di ruangan ini. Sebenarnya, sudah beberapa kali aku mencuba untuk memecahkan tembok akhbar ini, dan percatuan Allah itu maha indah. Alhamdulillah. Aku sertakan sedikit bahagian cerpen ini:


(kredit foto kepada Najib Ibnu Hassan dan Azrul Effendi)

:: "Genaplah tahun keempat puluh tiga rusuhan kaum yang menjadi sejarah hitam negara. Aku masih lagi di sini. Selepas pemergian ayah dan ibu sepuluh tahun yang lalu, aku bahagia di samping keluarga Melayu di pekan yang menemukan aku dan Pak Zam serta suasana harmoni lapisan bangsa. Pak Zam sudah lama menemui Tuhan ekoran penyakit lemah jantung yang dihadapi. Aku begitu selesa dengan kehidupan bersama-sama bangsa yang lain. Perhubungan itu menjadi lebih erat apabila pertemuan itu disusuli kemesraan, tambahan perkahwinanku dengan anak Pak Zam menjadi pelengkapnya. Itulah nikmat yang dikatakan Pak Zam ketika lewat perbualan mendiang ayah dengannya.

Khabar Embun tidak lagi aku ketahui sehingga kini. Kali terakhir aku berutus surat dengannya, sewaktu aku berada di menara gading. Embun juga berjaya melanjutkan pelajarannya di universiti terkemuka. Aku tidak mahu meratap perpisahan yang melangkaui persahabatan antara aku dengan Embun. Keeratannya terlerai dek hasutan dakyah siasah yang berbeza dan kerisauan yang menaungi seluruh marga kampung itu. Tetapi, aku akan lebih bersedih sekiranya kesepaduan antara masyarakat terisi dengan anasir hitam yang dicipta oleh anggotanya sendiri. Haluan yang bersimpang-perenang menyebabkan pergolakan demi pergolakan akan timbul. Biarlah rusuhan kaum yang berlaku dahulu menjadi pedoman kepada sang penguasa yang berkuasa dan rakyat yang mempunyai suara." ::


Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan penulis dan rakan-rakan sepengajian.


p/s: Tanggungjawab semakin berat!