TIGA WARKAH YANG BELUM LAGI TUMPAS

0
COM
Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penada."

Tak mahu ungkin fasal kenapa sudah lama tidak bertulis-tulisan di sini. Tak ada sebab untuk beritahu dan untuk diketahui.

Serasanya, semester akhir ini begitu menjerut semua perkara (baik rasa, masa, tenaga, jiwa, cinta [?], kerja). Permulaannya yang begitu dramatik, seperti semester lalu. Pulang sahaja daripada Lembah Pantai, sudah dimomokkan dengan tuntutan kerja. Apatah lagi, kerunsingan dengan penentuan PNGK yang belum diketahui oleh marga bakal guru. Untuk aku, sudah pasti tidak teruja untuk mengetahui keputusannya. Disebabkan serangga berbelang hitam-putih itu, aku tidak beroleh kesempatan untuk menduduki peperiksaan (nyamuk tu asbabnya sahaja. Segala-galanya aamaran Allah untuk aku lebih berhati-hati dalam soal kesihatan).

(Google Images)

Pertama kali dalam seumur hidup bergelar pelajar, baru kali inilah menduduki peperiksaan khas. Namun, alhamdulillah, masih diberikan peluang dan ruang untuk menduduki peperiksaan. Semester lepas mengkehendakkan aku menjawab tiga kertas. Salah satu daripadanya ialah kertas 'membunuh' (katanya). Membunuh atau tidak, kena nantikan soalannya. Oleh itu, bermula hari ini sehinggalah Khamis, tiga warkah itu haruslah aku 'tumpaskan' untuk penentuan segala-galanya (biasiswa terutamanya).

(Google Images)

Buat kawan-kawan yang bertebaran di serata Perak, selamat menyelesaikan tugasan ketiga terakhir ini sebelum bergraduasi. Kumpullah segala maklumat dan pengalaman meladeni kehendak pentadbir dan rakan 'sejawatan' yang bermacam-macam kehendaknya.


KAU RASA!?

p.s: Tunggu dan terus menunggu waktu untuk berakhir.