Otakku Berkecibak

Assalamualaikum...

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."

Masih tercari-cari idea yang ideal untuk digarap. Terkial-kial aku menyusun cerita, payahnya bukan main! Rangka dan ilmu bantu sudah dihimpun. Bagaimana mahu dimulakan?

Ah!

Aku rasa, beginilah cara-cara mereka yang menulis cerita yang tebal [novel] buat kali pertama. Barangkali juga tidak. Mungkin aku sahaja yang silap. Teruskan sahaja usaha!

Tidak lama lagi, aku bakal punyai antologi cerpen sendiri. Alhamdulillah, rezeki Allah! Lelah hendak usahakan perkara itu. Mujur, ada bantuan pensyarah yang juga penulis novel Biarkan Ia Terbang dan Nohan. Semangat aku menjangkau mercu gunung yang memasak. Lebih-lebih lagi, aku baharu sahaja disekolahkan dengan penulis-penulis prolifik di tanah air.

Sedikit lelah. Lelah sebab sudah dihantar tulisanku ke muka media. Entah bilakah waktunya akan disiarkan. Tunggu sahajalah!

Senarai semak kerja:

1. Siapkan satu hingga dua bab.
2. 'Update' antologi - minta karya yang belum dihantar.
3. Semak karya rakan [walaupun aku bukan hebat sangat dalam berpuisi].

Wassalam...

4 ulasan:

penulis cerpen takdir itu milikku berkata...

menulis cerpen sahaja mahu bikin botak kepala, apa lagi novel?
hehehe...

menulis itu mengkhayalkan...

moga berjaya...

(^_^)

Unknown berkata...

hehe..

sememangnya mengkhayalkan...

Hyun berkata...

buat cerpen brapa lama?maksud, berapa hari?bulan?tahun?...

Naimah Muhad berkata...

amboi Fathul! tahniah.. x ajak da kiterr :)

( Naimah )