Mercu Jaya!

Assalamualaikum...

"Cikgu bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."

Setelah berhempas pulas berjuang dalam medan berbalas pantun, akhirnya aku temui JOHAN bersama tiga lagi rakan. Kumpulan kami diberi nama CAKNA MUSTIKA, hasil kreatif ideanya daripada HASIF PADZIL, lewat pendaftaran peserta lalu. CAKNA MUSTIKA berjaya menewaskan pasukan unggul IPG KAMPUS IPOH, iaitu PAWANA SALJU kerana mereka merupakan pasukan pemantun IPG KAMPUS IPOH. Boleh dikatakan, mereka ialah pasukan elit dan berpengalaman dalam bidang ini.

Cakna Mustika dianggotai:

1. Mohd Fathul Khair bin Mohd Dahlan
2. Muhammad Nur Hasif bin Mohd Padzil
3. Hamizah binti Jaafar
4. Siti Nur 'Afiqah binti Maelah

Berikut rakaman pertandingan tersebut.

AKU sedang mengungkap pantun

 Pertemuan CAKNA MUSTIKA dan PAWANA SALJU

Sang Juara: CAKNA MUSTIKA

 Pasukan Elit: PAWANA SALJU

Legasi Guru J3: Pewaris Bahasa Peneraju Bangsa

Pada hari yang sama juga, kelas aku turut memenangi Pertandingan Pidato Bukan Melayu Peringkat IPG Kampus Ipoh menerusi wakil kami, Sanisha a/p Bogaraja. Pada mulanya, dia menolak pelawaanku, namun terima juga. Bantuan rakan-rakan, dia berjaya dinobatkan JOHAN menewaskan empat peserta yang lain.

Sang Juara: Sanisha A/P Bogaraja

Aku dan Sanisha

Alhamdulillah, semester ini dua kejuaraan lagi berjaya dirangkul oleh kelas aku, Legasi Guru J3. Tahniah diucapkan. Kepada Ketua Unit, Mohamad Saufi bin Aris, dan Penolong Ketua Unitnya, Nurfatin binti Jamal tahniah kerana berjaya membawa kelas kita ke mercu jaya!

Tidak lupa juga kepada semua yang terlibat [Syahirah, Husna, Fatimah, Azrul, Najib Ibrahim, Najib Hassan, Syamsuri, Na'ilah, Hanani, Akmal, Namira, Sakinah, Zulhilmi] kerana memberikan sokongan kepada kami.

Mudik ke Lahat singgah di Serendah,
Bawa bekalan satira sayat;
Kenangan terpahat tersemat indah,
Moga berkekalan ke akhir hayat.

Senarai semak kerja:

1. Menyambung cerita.
2. Antologi Kelongsong Ketupat.
3. Fail MQA dan ISO.
4. Majalah DEDIKASI 2011.

6 ulasan:

takdir itu milikku... berkata...

Allah berikan rantaian ukhuwah yang sangat indah dan hebat...umpama untaian tasbih yang tidak akan putus. kekalkanlah selamanya.. kalian umpama sebuah keluarga yang bahagia..

dalam diam, kukirimkan doa selamanya. moga kalian dalam redhaNya setiap masa..Terima kasih untuk segalanya wahai adik-adik J3. Atas segala pengajaran hidup dan rasa bahagia..

moga Allah berkati hidup kalian semua...

=)

Unknown berkata...

terima kasih, kak...

begitu juga dengan akak dan rakan2...

Naimah Muhad berkata...

wah Fathul! Tahniah :) moga terus maju jaya, bawa warisan bangsa

Unknown berkata...

terima kasih...

kena berperang kalau nak perjuang warian bangsa sekarang ini...

hehehe

muzammil rahim berkata...

Mizah. Wah kumpulan baru. Cakna Mustika. Teruskan perjuangan kalian.

Unknown berkata...

Terima kasih Muzammil Rahim.. insya Allah...