Perkongsian dan Renungan
"Cikgu bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."
Disember sudah melangkah ke gerbang hidup. Muharram pun sudah masuk hari kelima di ruang langit 1433H. Alhamdulillah, masih diberi nikmat untuk bernafas.
Sekarang ini, mata pun sudah digamit layu. Mahu diberi rehat setelah seharian menatap 'cinta' yang susah untuk dikekang. (Cinta yang dicari sendiri...). Seperti biasa, sebelum tidur pekena sebuah hikayat atau cerita. Jadi, bukulah jadi peneman. Namun, ceritanya sudah mencapai khatimah. Nak cari yang baru, semuanya berada di dalam kotak di asrama.
Teringat akan buku yang baharu dibeli semasa lawatan ke Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah. Alahai, ruginya tidka dibawa pulang sekali... Bukan itu sahaja, buku yang sudah dibaca namun belum dihabiskan juga di sana. Kemaruk lagilah!
Ini senarainya:
1. Juara - S. Othman Kelantan (separuh nyawa mencari, jumpa juga di Sabah).
2. Sangkar - Anwar Ridhwan.
3. Seketul Hati Seorang Pemimpin - Shahnon Ahmad (dua kali beli - padan).
4. Kasino - Saifullizan (penangan pakau kawan-kawan).
5. Tiada Khatimah Cinta - Salina Ibrahim (plastik pun tak berbuka lagi).
Berhabuklah... Cinta Sekerdip Embun - yang wajib dibaca, sedang dalam proses. Agak lambat sebab nak kena faham setiap intipati cerita. Banyak yang aku belajar dan dapat daripada karya yang wajar diangkat sebagai pemenang (aku bila lagi?)
Pesanan aku...
Hendak menulis, banyakkanlah membaca (penangan ceramah semasa di MPR). Tak membaca, macam mana nak menulis. Penulis, kuncinya ialah membaca. Nak menulis cerpen bak kata kak Salina - nak pandai tulis cerpen, kena baca sekurang-kurangnya 20 cerpen.
Jangan mudah putus asa dan jangan terlalu memaksa. Putus asa akan menyebabkan motivasi akan jatuh. Memaksa pula akan menyebabkan ilham dan idea akan menjadi tidak menjadi dan cerita akan kurang berjaya. (nak cakap aku 'power' pula). Bak kata Puan Sri Rahayu Mohd Yusop, ketakutan pada penulis selain penolakan manuskrip, ialah 'WRITER'S BLOCK'.
APA ITU?
Penyakit yang selalu datang kepada penulis apabila sedang menulis. Aku selalu kena. (tak serius pun). Ubatnya, jangan menulis dengan sambungan internet dan sewaktu dengannya. BAHAYA! Akan membawa kepada ketagihan dan menyebabkan manuskrip tidak siap. (macam aku!).
Baik, itu sahaj untuk 1 Disember 2011.
* Proses menyiapkan manuskrip - sakit kepala tu! Buat sikit-sikit...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
"jangan menulis dengan sambungan internet dan sewaktu dengannya"
maksud?
jangan menulis sambil 'online?'
hehehe...
begitulah maksudnya...
akak cuba bukak satu blog yang ada kat RUANG TINJAU saya.. ada nama SRI RAHAYU MOHD YUSOP... penulis hebat... banyak kali menang hadiah sastera..
dalam blog beliau, banyak petua untuk menulis... banyk juga saya ambil petua beliau...
cubalah
aha... btul la tu.. mmg kena sangat dengan akak.. bila dah online semua tak berjalan... bahana fb... huhuhu.. insyaAllah.. terima kasih..
akak baca je cerpen.. komen takde.. xlayak kot nak komen.. =)
baik...
ala...
nak komen gak...
Catat Ulasan