Sfera Bersegi Lima, Sebutir Maruah - Fragmen Terpilih
"Cikgu bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."
Lewat waktu yang lalu, legasi kami sangat hebat. Kami pandang tinggi
setiap negara, digeruni semua seteru yang menjadi lawan pasukan kami.
Dengarkan sahaja “Harimau”, bergetar hati bagaikan berhadapan dengan pak
belang di hutan hujan yang dijadikan khazanah untuk generasi muda akan
datang. Pasukan kami bermain dengan mati-matian demi negara yang
dicintai. Semangat kesukanan ditonjolkan dalam setiap corak dan
pergerakan permainan. Kesepaduan dan keharmonian bangsa kami yang
pelbagai diperjuangkan di atas padang, daripada bangsa majoriti
hinggalah bangsa minoriti. Semangat dan sumpah setia tetap mengalir di
dalam pembuluh yang berselirat. Sokongan tetap padu tatkala angkatan
kami berada di medan perjuangan. Kekal bersemarak api perjuangan dan
kebanggaan di dalam hati kami.
(Dewan Siswa, April 2012)
Syukur Alhamdulillah. Sudah tersiar di Dewan Siswa April 2012. Terima kasih diucapkan kepada Editor Dewan Siswa kerana memberi peluang untuk cerpen ini.
Sesungguhnya, usaha dan tawakal menjadi menunya. Bersabar semasa menukilkan karya amat diperlukan.
Idea?
Semasa mahu berangkat ke Negeri Di Bawah Bayu, ketika kepulangan Harimau Malaya ke tanah air. Ketika kemenangan Harimau Malaya pada Sukan SEA di Indonesia...
Catatan:
Menyiapkan yang lagi satu
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Tahniah sekali lagi.
Em...baru saya tahu rupa-rupanya saudara juga menggunakan nama pena Tinta Aksara Rawian Kata
terima kasih.
ya, sayalah orangnya.
Catat Ulasan