Mahu Hadiri Acara Ini!

Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."

Kredit foto daripada laman Facebook Singapore Writers Festival

Singapore Writers Festival kembali lagi. Acara sastera ini baru sahaja saya ikuti perkembangannya tahun lalu. Dikhabarkan, ramai penulis dari seluruh dunia akan berkampung di sini untuk bertemu sahabat penulis dan para pembaca. Meski saya bukanlah seorang pembaca karya luar negara secara kerap, namun acara sebegini secara tidak langsung boleh mendedahkan saya kepada dunia penulisan itu sendiri. Dalam hati, rasanya mahu sahaja pergi ke sana. Kebetulan pula, tarikhnya bertindih dengan peperiksaan akhir yang bakal bermula pada 7 November ini. 

Jadi, bagaimana?

p/s: Sayembara Novel Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan sudah bermula. 


4 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Masuk ke Sayembara Fiksyen Sains tu?

Dah dapat surat ke HSKU? Bila?

Fakhai Md berkata...

Abang Helmi @ Tetamu Istimewa,

Cadangnya begitulah. Mahu menyertai sayembara sebegini sebagai proses cabaran diri. Hehehe.

Surat jemputan HSKU masih belum diterima lagi. Saya diberitahu, akan diadakan minggu hadapan. Abang Helmi dulu macam mana proses? Maksud saya, jemputan ke majlis penyampaian hadiahnya. Nak tahu daripada orang yang dah terima HSKU sebelum ini. :)

Tetamu Istimewa berkata...

Oh, cepatnya. Mesti hujung minggu depan kan? Selalunya dia buat hari Jumaat malam. Abang pun tak berapa pasti, sebab surat sampai di kampung. Cuma ayah abang maklumkan sahaja.

Rasanya tak lama lagi sampailah tu, kalau majlis tu minggu depan. Rasanya, seminggu sebelum majlis diadakan surat dah sampai. Terujanya. Nak tahu juga senarai yang dapat masuk akhir. Kalau sangkaut ke peringkat akhir pun dah alhamdulillah.

Dapat tahu lagi ke, siapa yang dapat?

Fakhai Md berkata...

Oh..
Saya pun sedang tunggu surat daripada Kumpulan Utusan.

Mengenai senarai pemenang, saya tak pasti siapa lagi penerimanya.