Sedang Berlaku: Tanda Yang Allah Mahu Kita Tahu.

Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda sahaja."

Masih lagi dibungkus dingin. Sejak dua hari lepas, langit semacam sedih  sehingga mencurah air ke darat. Hari ini, kisah dan warta tentang banjir menjadi topik utama akhbar-akhbar tempatan, malahan di corong radio dan televisyen juga begitu.

Tahun ini, Pahang menjadi tumpuan para wartawan. Khabarnya, bah kali ini dilaporkan paling buruk pernah dicatatkan dalam sejarah. Paras air Sungai Pahang dan Sungai Tembeling sudah melepasi garis merah (ancaman bahaya).

Selain kisah bah yang melanda, dunia kini bertumpu kepada Taufan Haiyan yang menyerang bumi Filipina (Tacclooban kalau tak silap). Seluruh dunia berasa simpati akan keadaan yang dihadapi oleh rakyat Filipina.

Begitulah.

Lewat beberapa tahun belakangan ini, beberapa siri benana alam (molek juga disebut sebagai fenomena alam) berlaku di beberapa negara. Antara yang mendapat liputan meluas; tsunami di Jepun, letusan Gunung Merapi di Indonesia, banjir kilat di kawasan peranginan Tanah Tinggi Cameron (menyebut beberapa kejadian).

Teringat sewaktu belajar Tauhid ketika di bangku sekolah rendah (sekolah agama). Ustazah pernah beritahu, salah satu tanda kiamat yang paling hampir dan ketara ialah banyak berlakunya bencana alam di dunia. Satu persatu Allah zahirkan tanda-tanda itu. Sesungguhnya, Allah itu Maha Kuasa dan Maha Besar.

Sama-sama kita doakan keselamatan mangsa banjir dan anggota penyelamat yang bertugas, agar sentiasa dilindungi Allah...

Wallahualam....

*Mungkin ini tunai untuk kita yang sedang dilambung dosa-dosa...

8 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Assalamualaikum, macam mana dengan keputusan manuskrip yang dihantar ke ITBM?

Unknown berkata...

Waalaikumussalam.

Saya tak dapat apa-apa khabar dari pihak ITBM. Mungkin dalam proses lagi.

Tetamu Istimewa berkata...

Fathul sertai tak sayembara ITBM tu? Keputusan diumumkan 7 Januari ni.

Alhamdulillah, manuskrip kumpulan puisi remaja abang, dah lulus.

Unknown berkata...

Saya tak sertai. Tak sempat nak siapkan. Saya pun tertunggu-tunggu pemenangnya.

Wah, tahniah! Bagaimana Abang Helmi dapat maklum balas daripada ITBM? Terima surat atau dihubungi oleh pihak editor?

Tetamu Istimewa berkata...

Abang pun tak sertai. Tapi, teruja juga nak tau siapa pemenangnya.

Editor ITBM akan hubungi. Kemudian, akan disusuli dengan surat makluman bahawa manuskrip lulus dan disertai dengan surat izin penerbitan untuk ditandatangani.

Kata editornya, memandangkan buku pertama abang baru terbit, jadi kena bagi ada jarak sikit untuk terbitkan buku kedua ni.

Rasanya sebelum pesta buku nanti dapat diterbitkan kot. Prakata pun abang dah hantar. Cuma tunggu surat perjanjian sahaja.

P/S: Sedang menyusun mansukrip ketiga pula.

Unknown berkata...

Oh, begitu! Maknanya, saya kena tunggu maklum balas daripada pihak editorlah. Lama tak editor memberikan maklum balas kepada Abang Helmi?

Wah, produktif! Tahniah...

Tetamu Istimewa berkata...

Ya, kena tunggu pihak ITBM maklumkan keputusannya.

Untuk manuskrip pertama abang tu, memang lama. Hantar bulan 12 tahun 2012, bulan 7 tahun 2013 baru dapat keputusannya.

Tapi, alhamdulillah, manuskrip kedua ni cepat pula, hantar bulan 9 tahun 2013, bulan Disember dah tahu keputusannya.

Unknown berkata...

Oh. Lama juga kena tunggu. Terima kasih ya perkongsiannya.

Tahniah sekali lagi. Berbangga dapat berkenalan dengan orang yang prolifik.