Katak di bawah tempurung

1
COM
Katak di bawah tempurung

Karya cerpen rakan penulis, Mohd Haniff Mohd Yusoff. Seorang penulis yang sangat mesra. Tahniah abang Haniff.

Apa petua ya boleh tembus ke Mingguan Malaysia?

Merakam Kenangan 1

0
COM
Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."

Mahu merakam kenangan bersama adik-beradik di IPG. Aku bingkiskan di sini, jadi tengoklah.


Meraikan kemenangan pasukan pantun kelas (Cakna Mustika) dan pidato (Sanisha). Ketika ini juga aku berada dalam semester kedua PISMP. Pasukan aku terdiri daripada Hasif, Ika dan Hamizah daripada unit J4. Syukur, berjaya merangkul kejuaraan ke atas pasukan pantun IPG. Manakala, Sanisha berjaya merangkul johan pada pertandingan pidato. Pertandingan pidato ini khas untuk peserta bukan Melayu sahaja. 

Kejayaan ini ketika Saufi sebagai Ketua Unit dan Fatin sebagai Penolong Ketua Unit (kedua-duanya memegang piala pusingan)



Sesi bergambar selepas Jamuan Hi-Tea bersama pensyarah penasihat, tutor dan pensyarah jemputan. Penganjuran jamuan ini adalah daripada peruntukan kursus WAJ 3108 - Pengurusan Kokurikulum di bawah kendalian Encik Radzi. Pensyarah yang dijemput ialah Encik Abdul Razak dan Encik Shamsudin. Kepala segala program ialah Sakinah (bertudung biru)

Jamuan ini ketika Zulhilmi sebagai Ketua Unit (memegang bungkusan hadiah) dan Farhah Syahirah sebagai Penolong Ketua Unit (bertudung biru, di belakang pensyarah)



Di rumah pensyarah PSV, Encik Khairul Anuar Amran. Ketika berada di semester tiga PPISMP.



Selepas sesi pembentangan 'Big Book' WAJ 3103 bersama pensyarah, Cik Lizarose binti Abdullah.



Semasa beraya di rumah Puan Normah, pensyarah BMM 3117 dan BMM 3104



Di LCCT, menanti waktu untuk 'check-in' ke Sabah.



Festival Nasyid yang pertama dan terakhir aku masuk!

Cukuplah. Banyak dan memandangkan talian internet sangat laju, tak larat nak tunggu. Jadi, ini sahaja untuk kali ini.



*Berehat daripada penulisan yang panjang.











Sfera Bersegi Lima, Sebutir Maruah - Fragmen Terpilih

2
COM
"Cikgu bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."

Lewat waktu yang lalu, legasi kami sangat hebat. Kami pandang tinggi setiap negara, digeruni semua seteru yang menjadi lawan pasukan kami. Dengarkan sahaja “Harimau”, bergetar hati bagaikan berhadapan dengan pak belang di hutan hujan yang dijadikan khazanah untuk generasi muda akan datang. Pasukan kami bermain dengan mati-matian demi negara yang dicintai. Semangat kesukanan ditonjolkan dalam setiap corak dan pergerakan permainan. Kesepaduan dan keharmonian bangsa kami yang pelbagai diperjuangkan di atas padang, daripada bangsa majoriti hinggalah bangsa minoriti. Semangat dan sumpah setia tetap mengalir di dalam pembuluh yang berselirat. Sokongan tetap padu tatkala angkatan kami berada di medan perjuangan. Kekal bersemarak api perjuangan dan kebanggaan di dalam hati kami.

(Dewan Siswa, April 2012)

Syukur Alhamdulillah. Sudah tersiar di Dewan Siswa April 2012. Terima kasih diucapkan kepada Editor Dewan Siswa kerana memberi peluang untuk cerpen ini. 
 Sesungguhnya, usaha dan tawakal menjadi menunya. Bersabar semasa menukilkan karya amat diperlukan.  

Idea?
Semasa mahu berangkat ke Negeri Di Bawah Bayu, ketika kepulangan Harimau Malaya ke tanah air. Ketika kemenangan Harimau Malaya pada Sukan SEA di Indonesia...



Catatan:

Menyiapkan yang lagi satu

Karya Di Media 1

4
COM
Assalamualaikum...

Bersawang laman ini. Maklum sahaja, waktu terlalu padat dengan hal-hal yang tidak dapat dielakkan.

 Sungai Piandang, Tunas Cipta Januari 2012

Alhamdulillah, setelah lama aku menunggu, akhirya tersiar juga. Berita penerbitannya aku maklum daripada seorang senior MPR dan juga rakan MPR. Awal-awal pagi aku dimaklumkan bahawa cerpen ini tersiar. Tak tahu nak cakap apa-apa. Hanya sekadar bersyukur sahaja.

Cerpen ini merupakan cerpen pertama yang tersiar. Cerpen ini juga cerpen kedua yang aku berjaya hasilkan selepas kehilangan koleksi cerpen dalam satu pelipat! Dugaan betul. Namun, semuanya ada hikmahnya. Terima sajalah.

Dan, cerpen ini menerima maklum balas daripada seorang penulis yang prolifik. Beliau mengulas setiap penjuru cerpen aku dengan segala hal yang dilihat. Aku terima semuanya. Alhamdulillah, aku menerima ulasan yang positif daripada beliau. Ulasan itu memberikan aku motivasi untuk lebih cekal dengan dunia yang sedang ditempuhi sekarang.