Panca Jari Di Muka
"Cikgu bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."
Rasa bagaikan ditampar tatkala membaca sebuah entri dan status seseorang di laman 'Facebook' dan laman blognya. Masakan tidak terasa, aku sebagai penutur jati bahasa Melayu dan bakal menjadi seorang guru Bahasa Melayu, tidak mendisiplinkan diri untuk menuturkan setiap patah bicara dengan bahasa Melayu sepenuhnya. Nah, kau! Selepas membaca status perkara itu, hati bagai direnggut, dan mukaku bagai ditampar sekeras-kerasnya.
Puan Nisah Haron, seorang penulis yang prolifik menyatakan keluhannya di laman blog dan laman 'Facebook' beliau. Keluhan berkisar penggunaan bahasa SMS yang berleluasa dalam kalangan penutur bahasa Melayu kita. Habis rancu bahasa Melayu dibuatnya. Terima kasih puan, atas peringatan yang dinyatakan. Moga menjadi pedoman kepada semua yang membaca.
Ayuh, rakan-rakan! Gagahkan lidah untuk tuturkan bahasa Melayu dengan sempurna. Siapa lagi kalau bukan kita untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda dan bahasa kebangsaan?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
sudah lama ditampar..
kesan 5 jari masih terasa pada penulisan blog fathul yang lepas..
jadi mengambi langkah untuk menukar banyak perkara.. cuma akak masih tak boleh tinggalkan bertutur dalam bahasa inggeris kadangkala...
Ya. itulah salah satu kebimbangan yang telah lama bertamu dalam hati sesetengah pihak. tetapi sistem kita sekarang ini amat payah untuk menuturkan Bahasa Melayu secara mutlak.
~ masing-masing boleh berusaha :)~
Kak Wani: saya juga berasa begitu...
Naimah: semua pihak harus menggembleng tenaga. Pihak kerajaan dan swasta harus sehaluan.
suka bila bincang tntg bahasa kita.. akak ada bincang dengan pensyarah dalam kelas perihal ni. salah siapa? banyak pihak yang salah. tapi yang paling banyak salah bangsa melayu sendiri (termasuk diri sendiri)
banyak perkara yang membuka mata akak yang hampir buta ni..
cuma akak rasa untuk tinggal 100% bahasa asing tu agak mustahil bila pandang pada kehidupan sekarang. kalau pemimpin sendiri guna bahasa inggeris dalam ucapan seharian, memang agak sukar untuk kita kembalikan bahasa melayu tu.. wallahualam..
Kak Wani: tak salah untuk kita berbicara dalam bahasa asing. Namun demikian, selaraskan. Maksudnya, tutur BM, sepenuhnya BM. Tutur BI, sepenuhnya BI.
Dalam hal sekarang, semua perkara hendak dicampuradukkan (termasuklah saya).
Berbalik kepada entri Pn. Nisah Haron, SMS bukan merojakkan bahasa, tetapi meringkaskan pesanan.
Lepas baca entri itu, terus, "Wah, kena penampar!"
Catat Ulasan