Sudah Lama dan Catatan Sebuah Impian

Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."

Sudah lama tidak berkunjung di laman ini. Hanya ini yang mampu kutitipkan, menggantikan bicara dan tulisan.


Waktu malam membaca kajian lepas-lepas.

Membaca kajian-kajian lepas oleh para pengkaji bahasa bagiku adalah satu proses penerimaan pengetahuan. Sudah lama sebenarnya aku melakukan kerja-kerja begini. Tempoh hari, sewaktu menggelintar ke alam maya, terpanggil untuk membuka laman sesawang pusat pengajian pascasiswazah IPT yang ada di Malaysia. Mengintai-intai peluang dan ruang untuk menyambung pelajaran sekiranya diizinkan oleh Allah. Niat memang sudah lama terpahat di dalam hati, cuma tindakan sahaja yang dinantikan.

Membuka laman sesawang tersebut, terdetik di dalam hati, mampukah aku membawanya nanti? Bolehkah aku? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sebenarnya. Sudah ditanyakan keluarga dan pensyarah, katanya juga sama - sambung kalau ada peluang. Andai beroleh kejayaan untuk sarjana muda, mahu pula aku merandai jalan-jalan untuk sarjana pula. Amin! 

Insya-Allah ada rezekinya, di sinilah tapaknya.


p/s: Sudah siap dicetak, untuk dihantar ke rumah penerbitan. Tunggu proses perolehan daripada mereka sahaja.

8 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Wah, hebatnya! Boleh terangkan dengan lebih lanjut sikit tentang manuskrip ni? Adakah artikel yang terkandung dalam manuskrip ini hasil tulisan Fathul sendiri? Ada berapa ni? Dan, ke manakah manuskrip ini dihantar?

Unknown berkata...

Abang Helmi @ Tetamu Istimewa,

Yang ini manuskrip kertas kerja yang saya kumpul untuk kajian kursus semantik yang sedang saya belajar. Kertas kerja ini semuanya berkenaan peribahasa Melayu.

:)

Tetamu Istimewa berkata...

Dekat bawah tu ada tulis, siap untuk dihantar ke rumah penerbitan? Untuk diterbitkan ke/

Unknown berkata...

Abang Helmi @ Tetamu Istimewa,

Ya, manuskrip untuk diterbitkan. Saya dah poskan kepada pihak penerbitan minggu lalu. Sekarang, sedang menanti surat maklum balas daripada pihak sana.

Tetamu Istimewa berkata...

Boleh tahu ke mana? ITBM ke? Ada berapa koleksi kajian? Hebatnya.

Unknown berkata...

Saya cuba hantar ke ITBM. Manuskrip kumpulan cerpen yang pernah diterbitkan dan tidak diterbitkan. Tidaklah sehebat orang lain. :)

Tetamu Istimewa berkata...

Oh, maksudnya 2 manuskrip la ni? Kumpulan cerpen tu berapa buah cerpen? Tak salah mencuba kan. Mana tahu ada rezeki.

Unknown berkata...

Saya hantar sebuah sahaja. Kumpulan cerpen. Insya-Allah jika ada rezeki. Dalam manuskrip tu, ada 12 buah cerpen.