Kenangan Di Shah's Beach Resort, Tanjung Kling.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga berbengkel selama seminggu di Shah's Beach Resort (SBR). Minggu yang sangat mengujakan serta memberi impak yang sangat besar kepada aku. Ya, sangat terkesan kata-kata yang dilontarkan oleh para fasilitator yang juga merupakan penulis-penulis mapan dah punya nama di arena sastera negara. Banyak benda dan perkara yang dipelajari daripada mereka serta rakan-rakan MPR 2011 yang lain.

Semuanya bermula tatkala Kak Zeti menghubungi aku ketika menjawab soalan kuiz PKK Dr. Meor. Dapat panggilan daripada DBP. Teruja! Dimaklumkan aku terpilih sertai MPR ini. Alhamdulillah, tak sia-sia percubaan selama ini, berhasil untuk detik-detik terakhir ini.

Lupakan kisah yang lepas. Sekarang, kenangan hanya tinggal kenangan. Aku dan mereka sudah pun berjauhan kini. Namun, tanggungjawab dan amanah yang terpikul, tetap menyatukan kami. Insya Allah, kita ada harapan itu. Dapat kawan yang sangat mesra, kepala layan dan sebagainya. Serba serbi hebat. Semuanya punya kejayaan masing-masing. Aku turut cemburu... Kalian bertuah...

4 ulasan:

::::Fakhratu Naimah Muhad:::: berkata...

jangan kau kata kau sorang je cemburu, ak lagi la xde pape langsung... teruskan mnulis jugak pnghulu ! =)

kak wani berkata...

all the best...
tak sbr nk tgu cerita baru..
mybe pasni dpt gelaran penulis muda...
akak tgu nnti...mudah2an
amin...
=)

Ammar Ahmed berkata...

mesti best! aku sonok tgok ko enjoy cmni..!

Ariff Hafizi berkata...

salam.

tahniah kerana terpilih ke mpr. mpr itu hanyalah satu titik permulaan, bergerak dan majulah ke hadapan. izinkan memori kali ini memahat cinta pada sastera buat selamanya. kekal menulis dan terus membaca.

w'salam.
mantan mpr.