Lembaran Baharu

Assalamualaikum.

"Cikgu bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."

Tinggal beberapa minggu lagi, Disember bakal melabuhkan tirainya untuk memberi peluang 2012 menggantikan tampuk tahun yang baharu. Ya, saat itulah, semua orang di seluruh dunia akan bergembira dengan pertukaran tahun yang aku kira penuh dengan pancaroba dan likunya sepanjang tahun ini. Daripada isu luar negara, hinggalah isu dalam negara, kedua-duanya saling tidak tumpah samanya.

 Aku sangat bertuah dan bersyukur kerana telah diberi peluang untuk berkumpul semula pada pertemuan kali kedua bersama Alumni MPR untuk berbengkel. Bengkel yang diberi jolokan 'Bengkel Pemantapan Karya Alumni MPR' telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka dan aku berkampung bersama 20 orang alumni MPR yang hadir daripada pelbagai generasi. Ada yang sudah memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, penulis novel, penulis skrip dan sebagainya. Aku? Sekadar peserta kecil yang hanya punyai manuskrip tidak diterbitkan.

Alumni MPR bersama penceramah dan urus setia

Tinggalkan.

Aku dan mereka harus menyelesaikan tugasan yang telah diberikan oleh urus setia. Ya. Harus dan wajib. Selain itu, perkara yang telah disepakati dalam kalangan peserta. Itu adalah rahsia.

Dalam sejarah hidup aku, andai ini diizinkan oleh Allah, aku bakal menghasilkan manuskrip aku sendiri. Bukan perkara mudah untuk dihasilkan, tambahan pula aku masih mentah dalam dunia ini. Mendengarkan pernyataan yang diutarakan oleh pihak penganjur, terkedu aku sejenak. Wah, bukan calang-calang kerja yang harus dilakukan. hendak tidak hendak, aku harus melaksanakan juga. Insya Allah, akan diusahakan.

Semoga aku berjaya! Amin...

* Manuskrip pertama - 10 bab yang WAJIB dihantar
* Sebuah rakaman kisah dalam satu citra
* 7 buah fikiran yang harus diteliti
* 60 madah yang harus dikumpulkan
* Sebuah ceritera yang diberikan nafas baru

dan yang paling penting...

* Tiada lagi nama JPP dalam kamus aku...

Ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat kerana memberikan peluang ini kepada aku. Alhamdulillah, mendapat bimbingan yang sangat berguna untuk aku gunakan sepanjang aku bergelar sebagai seorang PENULIS...

3 ulasan:

"hingga hujung nyawa" berkata...

moga urusanmu dipermudahkan.. orang yang ikhlas melakukan sesuatu hasilnya insyaAllah berbaloi.. walau penat dan perit tp itulah pengalaman yang sangat2 berharga..

"Tiada lagi JPP dalam kamus aku"

masa masih panjang..andai kekangan sudah kurang mengapa tidak? mencari sebuah pengalaman itu walau ranjaunya teramat pahit, tapi di pengakhirannya boleh dikenang sebagai sebuah pengalaman yang indah. dan itulah perkara yang akan dibawa dalam hidup manusia..

selamat maju jaya..doa mengiringi tidak putus-putus..

=)

Unknown berkata...

tapi takut kekangan itu membataskannya

hingga hujung nyawa berkata...

bukan maksud akak sekarang...
masih berbaki beberapa semester
mungkin boleh bertanding lagi jika mahu..