"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."
Alhamdulillah, antologi puisiku bersama-sama penulis muda lain bakal dilancarkan pada 1 September ini. Ini kulitnya.
atas penerbitan antologi puisi sulung Legasi Oakheart ini. Barangkali bukanlah pertama kali untuk Fahd Razy kerana beliau sudah pun punyai sejumlah puisi yang dimuatkan dalam beberapa antologi dan kumpulan puisi peribadinya.
Terima kasih juga kepada Sayidah Muizzah dan Hafiz Latiff serta Fahd Razy kerana sudi membantu dan membina kredibiliti dalam penulisan puisi dengan sesi pembedahan yang begitu mantap pada sesi pertama dahulu bersama Legasi Oakheart.
Judul puisi aku dalam antologi Elegan - Tadahan Jiwa Penulis ini ialah:
"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."
Baru hari ini berkesempatan untuk memperbaharui entri dalam blog ini. Memandangkang berjuang bermati-matian untuk menyiapkan KKP yang aku kira sangatlah kamikaze aku siapkan (baru semalam buat, siapnya malam tadi). Padan, rasakan.
Hari ini, setelah pulang dari majlis persaraa pensyarah yang sangat aku kagumi, aku cepat-cepat buka Facebook untuk melihat liputan terkini atlet Malaysia yang berjaya merangkul gangsa dalam acara 10m Platform Wanita. Hajat itu tercapai dan apa yang tidak disangka-sangka, aku dimaklumkan dua karyaku diterbitkan dalam Tunas Cipta September 2012.
Kulit majalah Tunas Cipta September 2012
(FB Tunas Cipta)
Dua karyaku itu ialah:
1. Cerpen Nyiur Payungyang dihantar pada awal Jun yang lalu.
2. Puisi Bendang Juang yang dibelasah dan dibedah oleh dua orang seniorku.
Syukur Alhamdulillah kerana karya puisi pertama berjaya menembusi media. Sesungguhnya, aku tidak mempunyai ketajaman pena pada bidang puisi walaupun aku bermula dengan puisi dahulu. Namun, tidak mengapa. Aku masih boleh berusaha untuk menghasilkan puisi yang baik selepas ini.
Terima kasih juga kepada Editor Tunas Cipta, Abang Ghani Abu yang sudi menerbitkan dua buah karya saya ini.
Terima kasih juga kepada Abang Hafiz Latif dan Kak Eja kerana sudi menjadi pengadil dan teman 'gusti' saya untuk membelasah puisi saya itu. Sungguh, terharu sebenarnya.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang membantu.
Okey!
p/s: Menyiapkan resensi novel yang tertangguh dan poster program BKdM di IPGKI.
"Guru bukan sekadar dengan buku dan penanda."
Awal pagi semalam, terbaca satu tulisan rakan di laman Facebook berkenaan iklan raya yang dikeluarkan oleh Petronas. Ya, memang Petronas!
Sedia maklum, pasti ramai yang menyetujui apa-apa yang ingin saya coretkan. Bahawa sesungguhnya iklan Petronas terutamanya iklan Hari Raya memang tidak mengecewakan dan sangat memberikan pengajaran serta nilai murni kepada para penonton. Sungguh!
Mengisahkan Erman - seorang jurutera Petronas yang ditugaskan ke negara Uzbekistan. Sepanjang keberadaannya di sana, dia sempat mengenali seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Jeyhun yang baginya seorang kanak-kanak yang unik.
Jeyhun boleh dikatakan seorang kanak-kanak Uzbek yang mencintai ilmu dan gigih menuntut ilmu walau susah sekalipun. Berkisar latar tempat daripada iklan ini, memang nyata pola sosial dan ekonomi rakyat Uzbek rata-ratanya serba sederhana. Namun, kemasyarakatannya cukup utuh dan mesra antara satu sama lain.
Berjiwa Kependidikan.
Aku katakan ya untuk iklan ini. Kenapa? Sebab Erman hadir sebagai pembuka lembaran baru kepada anak-anak di kawasan itu terhadap pendidikan. Dengan kata lain, dialah menjadi ikon kepada kanak-kanak dan masyarakat di sana. Pada babak pembinaan model dapur solar, Erman sungguh membantu perkembangan kognitif Jeyhun yang sangat berminat kepada projek yang direkanya (akibat permainan kanta pembesar di dalam kelas + di rumah). Bukan Jeyhun sahaja, malahan kanak-kanak lain turut terkesan dengan keadaan itu, Mereka sama-sama sepakat untuk menghasilkan sebuah dapur solar yang boleh membantu masyarakat sekitar itu. Dalam kisah ini, elemen kependidikannya sungguh diangkat oleh pengarah (tidak salah juga jika penulis skripnya menyusun cerita ini). Ya, benar!
Sebagai seorang bakal guru, aku berasakan iklan ini sangat memberikan kesan kepada diriku dan rakan-rakan yang bergelar guru dan bakal guru. Untuk mendidik masyarakat, bukan hanya menggunakan kekerasan atau ketegasan. Daripada perwatakan dan peribadi guru itu juga mampu mendidik manusia.
Muzik Latar
Aku cukup menyenangi muzik latarnya, terutama pada babak Jeyhun berlari ke rumah gurunya dan ketika Jeyhun dan rakan-rakan mendapatkan barang-barang untuk menghasilkan dapur solar! Kukira itu sebagai pelengkap kepada daya penarik iklan ini.
Natijahnya, siapa kata iklan Petronas tidak menarik setelah pemergiannya pengarah prolifik, Allahyarham Yasmin Ahmad yang saban waktu menghadirkan karya yang cukup memberikan mesej dan makna yang tersirat. Namun demikian, aku cukup terkilan tatkala membaca komentar di YouTube yang menunjukkan kedangkalan pemikiran masyarakat Malaysia. Perkara-perkara yang baik sedemikian sangatlah ditujah dengan nistaan dan cacian. Oh, betapa mundurnya mentaliti masyarakatku! Kemajuan hendak dikejar, tetapi lapisan pemikiran masih pada takah yang sama.
Okey!
p/s: Aku tetap mencoret walaupun KKP sudah menghampiri detik akhir!
"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."
Mungkin agak terlewat untuk diucapkan Salam Ramadan al-Mubarak kepada semua umat Islam. Kerana aku baru mempunyai kesempatan untuk memperbaharui kandungan blog ini, almaklum kerja projek sudah tiba.
Kali ini, mahu berkongsi berkenaan perihal ragam ayat dalam bahasa Melayu. Aku harap tulisan ini dapat membantu mereka yang terbaca laman blog aku yang tidaklah seberapa (apatah lagi ada yang katakan MEMBOSANKAN).
1. FN + FN
Kuala Kangsar bandar diraja Perak
2. FN + FK
Rumah itu terbakar petang tadi
3. FN +F Adj.
Amran sungguh pantas semasa berlari
4. FN + FS
Jurutera melukis pelan bangunan
5. Susunan Biasa
Sungai ini mengalir dengan deras
[Sungai ini sebagai subjek
(FN), mengalir dengan deras
predikat (FK)]
6. Susunan Songsang
Mengalir dengan deras sungai ini.
[FK dikedepankan menggantikan FN]
7. Ayat Aktif
Pakcik Ali menebas lalang di tepi jalan.
8. Ayat Aktif Tak Transitif
Imam besar itu berserban
[sepatutnya – Imam besar itu berserban
setiap hari. Sebab ayat ini tergolong dalam kelas ayat aktif tak transitif keterangan yang boleh digugurkan. Setiap
hari sebagai keterangan]
9. Ayat Aktif Transitif
Guru besar memanggil saya ke pejabat.
10. Ayat Pasif
Tembok batu itu dilanggar oleh teksi semalam.
[Pola ayatnya – Subjek + Kata
Kerja Pasif + Oleh + Kata Nama + Keterangan] [oleh – kata tugas pada
subkelas kata sendi nama]
11. ayat pasif dgn kata 'kena'
Dia kena buli dengan budak nakal itu.
[Subjek + Kata Bantu Pasif
Kena + Kata Kerja Dasar + Oleh + Frasa Nama]
12. Ayat Pasif Dgn Kata Kerja Pasif
Pertandingan itu sudah saya ketahui pemenangnya.
[Subjek + Frasa Kerja Pasif +
Kata Ganti Nama Pertama + Keterangan]
13. Ayat Pasif Dgn
Kata Ganti Nama
Kraftangan itu sudah beliau siapkan petang semalam.
[Subjek + Kata Ganti Nama
Ketiga + Kata Kerja Pasif + Keterangan]
14. Ayat Pasif
'ber', 'ter', 'an'
1.Adik
bergaduh dengan anak orang kaya
itu.
2.Ayah
terlanggar seekor anak anjing
semasa pulang dari kerja.
3.Rakyat
Somalia kelaparan akibat krisis perang saudara.
[imbuhan ke-...-an]
15. Ayat Tunggal
Kereta itu bergerak dengan
pantasnya.
16. Ayat Majmuk Gabungan
Zubaidah pandai bermain bola jaring dan bola tampar.
[Zubaidah pandai bermain bola jaring]
[Zubaidah pandai bermain bola tampar]
Penggunaan kata hubung dan untuk menggabungkan kedua-dua ayat
tunggal ini.
17. Ayat Majmuk Campuran
Zabidi sedang membaca buku tetapi rakan sebiliknya yang kepenatan
sudah tidur sejak tadi lagi.
18. Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Kakak membeli seluar yang
berwarna hitam.
[Kakak membeli seluar]
[Seluar itu berwarna hitam]
Ayat majmuk pancangan realtif ini melibatkan satu kata sahaja, iaitu yang.
19. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
Dia mengetahui bahawa
Anzalna suka menipu
[Dia mengetahui]
[Anzalna suka menipu]
20. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Murid itu lewat ke perhimpunan kerana tayar basikalnya pancit di
dalam perjalanan ke sekolah.
Terdapat hampir 20 ayat yang dapat dibina berpandukan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Sekiranya ada kesilapan, mohon diperbetulkan untuk kepentingan bersama agar tidaklah berlaku lagi kesilapan semasa penggunaannya.
Tahun 2019: Buku Apa yang Saya Baca?
-
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Tahun 2019 telah berlabuh tirainya. Kini, kita sudah masuk ke tahun 2020.
Pada tahun 2019, buku apa yang saya bac...
Buku Ganti Duit Raya
-
“Jumaat pagi ini ada rakaman di TV Al-Hijrah,” kata A semasa saya sedang
sediakan lauk berbuka. “Oh ya, topik apa?” sebab saya pernah juga beberapa
kali ma...
K-PaP edisi Mac 2016
-
*KATA PENGARANG KATA PEMBACA (K-PaP)*
5 Mac 2016 (Sabtu)
10.30 pagi - 12.30 tengah hari
Rumah Pena, Kuala Lumpur
Jom ramai-ramai. Jangan malu-malu. Jan...
Assalamualaikum blog!
-
Hi Blog!
Demi untuk memfollow blog sekolah aku update semula blog aku ni. semoga ini
permulaan cerita aku sebagai blogger yang dah beranak pinak.
SKKBSR!
apa aku sudah punya pengganti?
-
"apa aku sudah punya pengganti?" monolog si blog seorang diri melihat 19
kesayangannya sudah mula beralih arah.
bukanlah cemburu melihat kelahiran genera...
Menulis Imbuhan Bahasa Sanskrit
-
Assalamualaikum.
Bahasa Melayu tidak terlepas daripada menerima sebarang serapan dan
pinjaman daripada bahasa-bahasa dunia. Dalam hal ini, pinjaman dan
s...
Selamat Belajar 2013
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kepada semua anak didikku dan sesiapa yang sudi membaca ilmu yang ada
dalam blog saya ini terima kasih.
25 Kek Hari Jadi yang Super Kreatif!!!
-
Salam semua!!! Mesti korang suka makan Kek kan. Selalunya kalau waktu hari
jadi kalau takde kek kira macam tak lengkap la kan. Ni nak tunjuk sikit kat
kora...