"Guru bukan sekadar dengan buku dan penanda."
Awal pagi semalam, terbaca satu tulisan rakan di laman Facebook berkenaan iklan raya yang dikeluarkan oleh Petronas. Ya, memang Petronas!
Sedia maklum, pasti ramai yang menyetujui apa-apa yang ingin saya coretkan. Bahawa sesungguhnya iklan Petronas terutamanya iklan Hari Raya memang tidak mengecewakan dan sangat memberikan pengajaran serta nilai murni kepada para penonton. Sungguh!
Mengisahkan Erman - seorang jurutera Petronas yang ditugaskan ke negara Uzbekistan. Sepanjang keberadaannya di sana, dia sempat mengenali seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Jeyhun yang baginya seorang kanak-kanak yang unik.
Jeyhun boleh dikatakan seorang kanak-kanak Uzbek yang mencintai ilmu dan gigih menuntut ilmu walau susah sekalipun. Berkisar latar tempat daripada iklan ini, memang nyata pola sosial dan ekonomi rakyat Uzbek rata-ratanya serba sederhana. Namun, kemasyarakatannya cukup utuh dan mesra antara satu sama lain.
Berjiwa Kependidikan.
Aku katakan ya untuk iklan ini. Kenapa? Sebab Erman hadir sebagai pembuka lembaran baru kepada anak-anak di kawasan itu terhadap pendidikan. Dengan kata lain, dialah menjadi ikon kepada kanak-kanak dan masyarakat di sana. Pada babak pembinaan model dapur solar, Erman sungguh membantu perkembangan kognitif Jeyhun yang sangat berminat kepada projek yang direkanya (akibat permainan kanta pembesar di dalam kelas + di rumah). Bukan Jeyhun sahaja, malahan kanak-kanak lain turut terkesan dengan keadaan itu, Mereka sama-sama sepakat untuk menghasilkan sebuah dapur solar yang boleh membantu masyarakat sekitar itu. Dalam kisah ini, elemen kependidikannya sungguh diangkat oleh pengarah (tidak salah juga jika penulis skripnya menyusun cerita ini). Ya, benar!
Sebagai seorang bakal guru, aku berasakan iklan ini sangat memberikan kesan kepada diriku dan rakan-rakan yang bergelar guru dan bakal guru. Untuk mendidik masyarakat, bukan hanya menggunakan kekerasan atau ketegasan. Daripada perwatakan dan peribadi guru itu juga mampu mendidik manusia.
Muzik Latar
Aku cukup menyenangi muzik latarnya, terutama pada babak Jeyhun berlari ke rumah gurunya dan ketika Jeyhun dan rakan-rakan mendapatkan barang-barang untuk menghasilkan dapur solar! Kukira itu sebagai pelengkap kepada daya penarik iklan ini.
Natijahnya, siapa kata iklan Petronas tidak menarik setelah pemergiannya pengarah prolifik, Allahyarham Yasmin Ahmad yang saban waktu menghadirkan karya yang cukup memberikan mesej dan makna yang tersirat. Namun demikian, aku cukup terkilan tatkala membaca komentar di YouTube yang menunjukkan kedangkalan pemikiran masyarakat Malaysia. Perkara-perkara yang baik sedemikian sangatlah ditujah dengan nistaan dan cacian. Oh, betapa mundurnya mentaliti masyarakatku! Kemajuan hendak dikejar, tetapi lapisan pemikiran masih pada takah yang sama.
Okey!
p/s: Aku tetap mencoret walaupun KKP sudah menghampiri detik akhir!
Nama asal Singapura adalah Temasek
-
Negara Singapura dulu, namanya adalah Temasek adalah asalnya milik
Kesultanan Johor. Ia dipenuhi dengan kampung-kampung Melayu yang merupakan
penduduk asal...
PENYENDAL ATAU UJI POPULARITI?
-
Itulah tanggapan saya seusai menghadiri Himpunan Penulis Malaysia 2018,
hujung minggu yang lalu. Pada awalnya saya ingin saja menyertai program
ini dari...
Selamat Datang MPR 2018!
-
MPR 2018 baru saja selesai. Kepada adik-adik, kami para kakak dan abang
anda dengan besar hati ingin mengucapkan selamat datang ke dalam keluarga
besar MPR.
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016
-
BEBERAPA hari sahaja lagi! Acara tahunan yang ditunggu oleh para penulis
buku, penggemar buku, pembaca buku, pencinta buku, pengumpul buku dan
segala yang...
Assalamualaikum blog!
-
Hi Blog!
Demi untuk memfollow blog sekolah aku update semula blog aku ni. semoga ini
permulaan cerita aku sebagai blogger yang dah beranak pinak.
SKKBSR!
TRANSGENIK SIFAR: RANJAU PENULISAN
-
(Foto oleh: Azri Marzuki)
Maaf jika tulisan ini adalah sebuah *ranting *semata-mata.
Saya telah menulis sepuluh buah novel tetapi pengalaman menulis ...
apa aku sudah punya pengganti?
-
"apa aku sudah punya pengganti?" monolog si blog seorang diri melihat 19
kesayangannya sudah mula beralih arah.
bukanlah cemburu melihat kelahiran generas...
Menulis Imbuhan Bahasa Sanskrit
-
Assalamualaikum.
Bahasa Melayu tidak terlepas daripada menerima sebarang serapan dan
pinjaman daripada bahasa-bahasa dunia. Dalam hal ini, pinjaman dan
se...
Selamat Belajar 2013
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Kepada semua anak didikku dan sesiapa yang sudi membaca ilmu yang ada
dalam blog saya ini terima kasih.
25 Kek Hari Jadi yang Super Kreatif!!!
-
Salam semua!!! Mesti korang suka makan Kek kan. Selalunya kalau waktu hari
jadi kalau takde kek kira macam tak lengkap la kan. Ni nak tunjuk sikit kat
kora...
4 ulasan:
Belum sempat menonton iklan itu lagi.
Saya sudah membaca Kelongsong Ketupat. Tahniah. Teruskan menulis tentang budaya Melayu.
Terima kasih Abang Helmi
Saya dah tengok.
Setuju denganpendapat fathul.
Tapi malangya,masih ramai yang mengkritik seolah-olah iklan ni tiada satu kebaikan ataupun nilai-nilai yang baik.
Terima kasih Athirah dan setuju juga dengan anda
Catat Ulasan