Antologi Puisi Elegan - Tadahan Jiwa Penulis

Assalamulaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."

Alhamdulillah, antologi puisiku bersama-sama penulis muda lain bakal dilancarkan pada 1 September ini. Ini kulitnya.


Tahniah kepada:

Misraini Wazir | Wafa Awla | Nora Nabila | Balqis Hannah | Hamidah MH | Sanisha Bogaraja | S. Fatimah Said | Mastura | Sayidah Muizzah | Syafiq Muhaini | Syamil Adzman | Muzammil Rahim | Shamsul Amin | Hafiz Latiff | Haniff Yusoff | Fahd Razy 

atas penerbitan antologi puisi sulung Legasi Oakheart ini. Barangkali bukanlah pertama kali untuk Fahd Razy kerana beliau sudah pun punyai sejumlah puisi yang dimuatkan dalam beberapa antologi dan kumpulan puisi peribadinya.

Terima kasih juga kepada Sayidah Muizzah dan Hafiz Latiff serta Fahd Razy kerana sudi membantu dan membina kredibiliti dalam penulisan puisi dengan sesi pembedahan yang begitu mantap pada sesi pertama dahulu bersama Legasi Oakheart.

Judul puisi aku dalam antologi Elegan - Tadahan Jiwa Penulis ini ialah:


Pusaka
Padanya Harapan Di Jiwa
Seusai Hujan
Sehampar Kasih Buat Tuanku

7 ulasan:

Planet Aiza Mira berkata...

cantik ! tahniah..

HAFIZ LATIFF berkata...

Syukur, alhamdulillah.

Moga akan ada kelahiran yang seterusnya. Tahniah dan terima kasih atas sumbangan karya. =)

Tetamu Istimewa berkata...

Wah, sudah ada antologi puisi. Tahniah!

LEGASI OAKHEART (LO) berkata...

Legasi Oakheart mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Fathul Khair yang telah menyumbangkan karya di dalam antologi ini.

Kalian boleh membuat tempahan dengan menyertakan Nama, Alamat, Emel, No. Telefon serta kuantiti ke legasioakheart@gmail.com

Juga dijemput berziarah ke teratak Legasi Oakheart, http://legasioakheart.blogspot.com

Terima kasih. =)

Fathul Khair berkata...

terima kasih juga kepada Legasi Oakheart kerana memberi ruang dan peluang ini...

Terima kasih juga kepada semua

Tetamu Istimewa berkata...

Salam kemerdekaan Fathul. Abang nak tanya, buku-buku Shahnon Ahmad koleksi sendiri ke? dan Fathul beli di mana?

Fathul Khair berkata...

Salam kemerdekaan juga.

Ada buku beliau yang masuk dalam koleksi. Ada juga yang dipinjam dari perpustakaan. Kalau beli, mungkin susah nak cari sekarang. Ada juga dibeli di Koperasi DBP KL, DBP Sabah dan kedai-kedai buku sekitar Lembah Klang dan Perak.