Dua Puluh Ragam Ayat
"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."
Mungkin agak terlewat untuk diucapkan Salam Ramadan al-Mubarak kepada semua umat Islam. Kerana aku baru mempunyai kesempatan untuk memperbaharui kandungan blog ini, almaklum kerja projek sudah tiba.
Kali ini, mahu berkongsi berkenaan perihal ragam ayat dalam bahasa Melayu. Aku harap tulisan ini dapat membantu mereka yang terbaca laman blog aku yang tidaklah seberapa (apatah lagi ada yang katakan MEMBOSANKAN).
1. FN + FN
|
Kuala Kangsar bandar diraja Perak
|
2. FN + FK
|
Rumah itu terbakar petang tadi
|
3. FN +F Adj.
|
Amran sungguh pantas semasa berlari
|
4. FN + FS
|
Jurutera melukis pelan bangunan
|
5. Susunan Biasa
|
Sungai ini mengalir dengan deras
[Sungai ini sebagai subjek
(FN), mengalir dengan deras
predikat (FK)]
|
6. Susunan Songsang
|
Mengalir dengan deras sungai ini.
[FK dikedepankan menggantikan FN]
|
7. Ayat Aktif
|
Pakcik Ali menebas lalang di tepi jalan.
|
8. Ayat Aktif Tak Transitif
|
Imam besar itu berserban
[sepatutnya – Imam besar itu berserban
setiap hari. Sebab ayat ini tergolong dalam kelas ayat aktif tak transitif keterangan yang boleh digugurkan. Setiap
hari sebagai keterangan]
|
9. Ayat Aktif Transitif
|
Guru besar memanggil saya ke pejabat.
|
10. Ayat Pasif
|
Tembok batu itu dilanggar oleh teksi semalam.
[Pola ayatnya – Subjek + Kata
Kerja Pasif + Oleh + Kata Nama + Keterangan] [oleh – kata tugas pada
subkelas kata sendi nama]
|
11. ayat pasif dgn kata 'kena'
|
Dia kena buli dengan budak nakal itu.
[Subjek + Kata Bantu Pasif
Kena + Kata Kerja Dasar + Oleh + Frasa Nama]
|
12. Ayat Pasif Dgn Kata Kerja Pasif
|
Pertandingan itu sudah saya ketahui pemenangnya.
[Subjek + Frasa Kerja Pasif +
Kata Ganti Nama Pertama + Keterangan]
|
13. Ayat Pasif Dgn
Kata Ganti Nama
|
Kraftangan itu sudah beliau siapkan petang semalam.
[Subjek + Kata Ganti Nama
Ketiga + Kata Kerja Pasif + Keterangan]
|
14. Ayat Pasif
'ber', 'ter', 'an'
|
1. Adik
bergaduh dengan anak orang kaya
itu.
2. Ayah
terlanggar seekor anak anjing
semasa pulang dari kerja.
3. Rakyat
Somalia kelaparan akibat krisis perang saudara.
[imbuhan ke-...-an]
|
15. Ayat Tunggal
|
Kereta itu bergerak dengan
pantasnya.
|
16. Ayat Majmuk Gabungan
|
Zubaidah pandai bermain bola jaring dan bola tampar.
[Zubaidah pandai bermain bola jaring]
[Zubaidah pandai bermain bola tampar]
Penggunaan kata hubung dan untuk menggabungkan kedua-dua ayat
tunggal ini.
|
17. Ayat Majmuk Campuran
|
Zabidi sedang membaca buku tetapi rakan sebiliknya yang kepenatan
sudah tidur sejak tadi lagi.
|
18. Ayat Majmuk Pancangan Relatif
|
Kakak membeli seluar yang
berwarna hitam.
[Kakak membeli seluar]
[Seluar itu berwarna hitam]
Ayat majmuk pancangan realtif ini melibatkan satu kata sahaja, iaitu yang.
|
19. Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
|
Dia mengetahui bahawa
Anzalna suka menipu
[Dia mengetahui]
[Anzalna suka menipu]
|
20. Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
|
Murid itu lewat ke perhimpunan kerana tayar basikalnya pancit di
dalam perjalanan ke sekolah.
|
Terdapat hampir 20 ayat yang dapat dibina berpandukan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Sekiranya ada kesilapan, mohon diperbetulkan untuk kepentingan bersama agar tidaklah berlaku lagi kesilapan semasa penggunaannya.
Rujukan penulisan sepanjang menulis.
Ada lagi di bahagian lain...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
usaha yang bagus
Catat Ulasan