Contoh Surat Iringan Untuk Penulis
Assalamualaikum.
"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."
Berikut, disertakan contoh surat iringan yang sering saya gunakan untuk penerbitan karya di mana-mana media. Mungkin ada format lain untuk surat iringan kepada pihak editor dan ini saya dapatkan daripada seorang rakan penulis juga. Terima kasih untuk perkongsian ini...
**********
Kepada: EDITOR (nyatakan media yang hendak dituju, sebaiknya sertakan nama)
Tarikh: (tarikh surat dihantar, sebaiknya pada waktu mahu diemel/pos)
Tuan,
Bersama dengan ini, dilampirkan (sertakan genre kreatif/bukan kreatif) bertajuk (tajuk kataya yang hendak dihantar) untuk diterbitkan dalam (nama media) sekiranya bersesuaian di bawah pengelolaan pihak tuan. Maklumat tentang diri saya seperti berikut:
Nama :
Nama Pena :
Alamat Rumah :
No. Kad Pengenalan :
No. Telefon :
No Akaun : (andai dihantar untuk terbitan DBP, gunakan akaun Bank Islam. Jika kepada pihak Berita Harian, gunakan akaun CIMB atau Maybank)
*Proses penciptaan karya dan maklumat lanjut mengenai saya boleh dirujuk pada bahagian lampiran.
Segala kerjasama daripada pihak tuan, amat saya hargai dan didahulukan ucapan terima kasih.
Salam hormat,
..........................................................................*
(nama penuh penulis)
*WAJIB ditandatangani penulis.
Sekiranya dihantar melalui emel, cetak surat ini dan tanda tangan. Kemudian, imbaskan (scan) seterusnya sertakan dalam kantung pesanan emel anda.
Mudahkan hendak menghantar karya?
p/s: Sama sahaj dalam Sebuah Wilayah Kata...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Ya, seharusnya bakal penulis, mahupun penulis muda hendaklah tahu cara untuk menulis surat. Seharusnya, surat itu biarlah surat rasmi. Jangan main terjah saja menghantar karya.
*Tambahan, sekadar perkongsian, saya pernah menulis akan hal surat iringan ini di sini. Surat ini pernah diajar oleh guru saya iaitu Dr Lim Swee Tin dan saya guna hingga kini. Boleh ke alamat ini:
http://mieadham86.blogspot.com/2011/11/mendekati-seni-penulisan-kreatif-lim.html
Terima kasih abang Helmi atas perkongsian ini. Ya, memang diakui. Selain menjadi penulis kreatif, penulis juga mencerminkan sisi wibawa berbahasa, lebih-lebih lagi dalam hal-hal persuratan ini
Catat Ulasan