Sungai Piandang - Fragmen Terpilih

Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."


III
Sungai Piandang, sejarahnya sudah tertulis dalam kamus hidup masyarakat Kampung Teluk Piandang. Kisahnya berabad dahulu menjadi bualan ramai. Dua abad dahulu, airnya sudah pun menelan ramai penduduk kampung yang jauh dengan bandar ini. Kemusnahan yang berlaku tidak dapat digambarkan dengan akal. Mayat-mayat bergelimpangan. Ternakan menjadi bangkai. Selang beberapa tahun, kampung itu kembali seperti sedia kala. Hujan masih turun, namun air sungai tidak segarang dahulu semenjak terbinanya empangan oleh kerajaan. Namun, kerisauan masih lagi bersarang di hati orang kampung. Sejauh mana kekuatan tebing itu?

(Dapatkan segera cerpen lengkap di Tunas Cipta Januari 2012) 

Karya pertama yang berjaya menembusi media. Alhamdulillah setelah lama mencuba, akhirnya! Entah berapa kali menyuntingnya. Habis dijaja ke serata alam untuk meminta komentar daripada rakan-rakan.

Kaitannya di mana?

2 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Salam ziarah saudara. Tahniah kepada karya yang tersiar. Saya belum lagi mendapatkan Tunas Cipta Januari.

Fathul Khair berkata...

Salam..

Terima kasih Tetamu Istimewa... boleh dapatkan di mana2 kedai buku atau koperasi DBP...