Karya Di Media 2
"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."
Baru hari ini berkesempatan untuk memperbaharui entri dalam blog ini. Memandangkang berjuang bermati-matian untuk menyiapkan KKP yang aku kira sangatlah kamikaze aku siapkan (baru semalam buat, siapnya malam tadi). Padan, rasakan.
Hari ini, setelah pulang dari majlis persaraa pensyarah yang sangat aku kagumi, aku cepat-cepat buka Facebook untuk melihat liputan terkini atlet Malaysia yang berjaya merangkul gangsa dalam acara 10m Platform Wanita. Hajat itu tercapai dan apa yang tidak disangka-sangka, aku dimaklumkan dua karyaku diterbitkan dalam Tunas Cipta September 2012.
Kulit majalah Tunas Cipta September 2012
(FB Tunas Cipta)
Dua karyaku itu ialah:
1. Cerpen Nyiur Payung yang dihantar pada awal Jun yang lalu.
2. Puisi Bendang Juang yang dibelasah dan dibedah oleh dua orang seniorku.
Syukur Alhamdulillah kerana karya puisi pertama berjaya menembusi media. Sesungguhnya, aku tidak mempunyai ketajaman pena pada bidang puisi walaupun aku bermula dengan puisi dahulu. Namun, tidak mengapa. Aku masih boleh berusaha untuk menghasilkan puisi yang baik selepas ini.
Terima kasih juga kepada Editor Tunas Cipta, Abang Ghani Abu yang sudi menerbitkan dua buah karya saya ini.
Terima kasih juga kepada Abang Hafiz Latif dan Kak Eja kerana sudi menjadi pengadil dan teman 'gusti' saya untuk membelasah puisi saya itu. Sungguh, terharu sebenarnya.
Tidak lupa juga kepada kawan-kawan yang membantu.
Okey!
p/s: Menyiapkan resensi novel yang tertangguh dan poster program BKdM di IPGKI.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
7 ulasan:
Tahniah! Moga menyuntik semangat untuk menghasilkan lebih banyak karya yang bermutu.
Terima kasih abang Helmi... Insya-Allah
TAHNIAH ADIK KESAYANGAN!
terima kasih abang Hanif...
Fathul, tahniah ya! Moga maju jaya dan terus berkarya.
terima kasih Su
Assalamualaikum w.b.t
TAHNIAH, penulis muda yang semakin menggegarkan jagat sastera tanah air. Teruskan usaha dan berjuang dengan jiwa. Abang Hafiz sentiasa menyokong kamu dan adik-beradik yang lain.
p/s: Hafiz Latiff, bukan Hafiz Latif. Hehehe. ;p
Catat Ulasan