Pelancaran Naskhah Legasi Oakheart dan GKLN: PRAMAJLIS

Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda"

Serasanya, sudah lama tidak berada di atas taman ini. Hanya sekadar membelek dan membalas apa-apa yang dikomen.

Alhamdulillah, Sabtu lalu aku telah menghadiri sebuah majlis yang penuh bermakna dalam hidup - Pelancaran Naskhah Legasi Oakheart dan GKLN yang bertempat di Rumah PENA, Kuala Lumpur. Naskhah ini dilancarkan oleh Sasterawan Negara Ke-10, Dato' Dr. Anwar Ridhwan. Turut hadir pada majlis ini, penerima Anugerah SEA Write 2011 merangkap Setiausaha Agung PENA, SM Zakir, seorang penyair tempatan, Dr. Shamsuddin Othman, penulis novel dan cerpenis, Nisah haron dan beberapa penulis yang tidak dapat disebutkan dalam laman ini.

Dato' Dr. Anwar Ridhwan menyampaikan ucapan

Aku dan ahli keluarga Legasi Oakheart telah berkampung di Rumah PUSPANITA, bersebelahan dengan Menara Dewan Bahasa dan Pustaka bermula daripada hari Jumaat hinggalah Ahad untuk menjayakan majlis julung kali diadakan dalam lembaran perjalanan Legasi Oakheart dan juga hidup aku.

Naskhah sulung Legasi Oakheart - Antologi Puisi ELEGAN Tadahan Jiwa Penulis


PRAMAJLIS

Jumaat. Aku hadir lewat ke Rumah PUSPANITA kerana da urusan yang harus diselesaikan di rumah. Ada beberapa orang di sana untuk kerja-kerja persediaan majlis esoknya. Seusai solat Jumaat, bertolaklah secara bergilir ke Rumah PENA dengan menggunakan kenderaan persendirian abang Hafiz Latiff. Di sana, kami berkemas untuk menyediakan tempat yang selesa kepada tetamu yang akan hadir ke majlis tersebut. 

Sesi taklimat selepas mengemas

Abang Hafiz sedang menyekolahkan kami... (hehe)

Kak Eja sedang menyediakan pembelajaran yang harus dilalui sepanjang tiga hari

Selepas itu, sesi penyerahan naskhah kepada ahli Legasi Oakheart dijalankan. Masing-masing keterujaan memandangkan 'anak sulung' berjaya dilahirkan. Tidak tergambar dek fikiran perasaan waktu itu. Ada yang menumpahkan air mata, ada yang hanya membisu suara dan sebagainya.

Tulang belakang Legasi Oakheart - Hafiz Latiff dan Sayidah Mu'izzah

Kepada Fahd Razy - penyumbang kata pengantar

Kepada Balqis Hannah

Kepada Aku

Kepada Hanif Yusoff

Kepada S. Fatimah Said

Kepada Muzammil Rahim

Kepada Wafa Awla

Kepada Shamsul Amin

Kepada Nora Nabila

Kepada Shafie Mahyani

Kepada Sanisha Bogaraja

Kepada Syamil Adzman

Kepada Hamidah MH

Kepada Mastura Zin

Daripada Fahd Razy kepada Hafiz Latiff

Daripada Fahd Razy kepada Sayidah Mu'izzah

Kemudian, hari itu diteruskan dengan sesi bersama editor. Sesi ini dikendalikan oleh saudara Hafizul Osman, Editor Perolehan JS Adiwarna dan Shafie Mahyani @ Pena Romantis untuk sesi novel.

S. Fatimah Said bersama-sama Hafizul Osman

Shafie Mahyani @ Pena Romantis

Cikgu Misraini Wazir sedang mengutarakan pendapat

Malam itu, semunya tidak kenal erti penat atau kantuk, walaupun waktu sudah mencecah pagi. Syukur, kerana dikurniakan ukhuwah sedemikian untuk aku.

Untuk Pelancaran Naskhah Legasi Oakheart dan GKLN: SEMASA MAJLIS, nantikan entri akan datang. Insya-Allah.







1 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Tahniah ya. Suatu usaha yang baik. Bila pulalah abang dapat merasai nikmat ini semua.