Seputar Bersama Pengkarya

Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."

Laporan berkaitan dengan malam HSKU 2011 akan dikemas kini akan datang. Sedang dieram dalam kotak suntingan. Sekarang, hendak dikongsikan beberapa gambar yang sempat dirakam pada malam acara HSKU 2011.

Suasana di ruang legar dewan - menanti ketibaan KSN.

Sedang menunggu tetamu jemputan.

Persembahan selingan daripada Adibah Noor - vokal yang mantap

Penyampaian hadiah kepada pemenang

Barisan pemenang - sebahagian sahaja

Salina Ibrahim - pengkarya Hantu Osama (cerpen) dan Menuai Emas (cerpen remaja)

Nisah Haron - Penulis (Muda) Tunggu Pengiktirafan (rencana sastera)

Rahimah Muda (paling kiri) - pengkarya Mem Bercoker Emas (hadiah utama cerpen)

Aya Sophia dan Suhada Sayuti - pengkarya Penghujung Nyawa (kategori cerpen)

Bersama-sama Helmi Ahmad - pengkarya Kuih Bakul Limau Mandarin (kategori cerpen remaja)

Tuah Sujana - pengkarya Kudup Perang (hadiah utama kategori puisi)

Bersama-sama Sri Rahayu Mohd Yusop - pengkarya Rimba Jiwa (ketiga kategori novel remaja)


Begitulah serba sedikit gambar yang sempat dirakam bersama-sama pemenang HSKU 2011 malam tadi. Sesungguhnya, untuk 2011 didominasi oleh golongan Hawa. Ya, mungkin rezeki mereka untuk 2011. Dunia sastera tidak diukur perbezaan jantina. Ada kalanya seimbang dan bertukar-tukar era. Tahniah kepada para pemenang!

Sempat juga ada yang berpesan malam tadi, mungkin tahun 2012 rezeki aku. Insya-Allah, jika ada rezeki, adalah. Allah yang menetapkan. Soal rezeki antara perkara yang tidak akan diketahui oleh manusia. Tunggu dan lihat sahaja. Melepasi tembok Mingguan Malaysia sudah rasa bersyukur, dan jika berjaya untuk anugerah, berlipat kali ganda kesyukuran... Nikmat Allah!

p/s Sesi bersama-sama SN Dato' Dr. Anwar Ridhwan bakal berlangsung petang ini pada jam 2.30 petang untuk slot penulisan novel. Sebentar tadi, dibengkelkan gaya penerbitan ITBM dan soal jawab bersama-sama Presiden PENA dan Presiden ITBM. Banyak input yang diperoleh dan membuatkan aku berkobar untuk menembusinya. Perihal sayembara, akan diteruskan perjalanannya... Insya-Allah...











5 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Aduh, nampaknya rendahnya Helmi Ahmad ni.

Hehehe, apa perasaan anda dapat bertentang mata dengan saya? Wah soalan maut ni.

Tetamu Istimewa berkata...

Bagaimana pula perasaan Fathul dapat berjumpa dengan penulis yang lagi rendah dan kecil molek ni. Hehehe...

Unknown berkata...

Perasaan saya?
Tidak disangkakan dan teruja berjumpa...

Tetamu Istimewa berkata...

Fathul, boleh tinggalkan nombor telefon adik di emel abang Helmi- mie_adham86@yahoo.com

Unknown berkata...

boleh