Murtad Seorang Melayu

Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."

September yang lalu, berkesempatan untuk membuat persembahan sempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan Kali Ke-55 di IPG Kampus Ipoh. Seperti biasa, saya ditugaskan untuk membuat persembahan deklamasi puisi, seperti tahun yang lalu. Jadi, untuk tahun ini, saya mengambil keputusan untuk membacakan puisi tulisan Marjan S. yang berjudul Murtad Seorang Melayu. Disertakan juga rakaman video yang sempat dirakam oleh seorang pensyarah.


Masih banyak yang perlu diperbaiki untuk menyampaikan sebuah sajak. Oh, barangkali harus berguru atau bertapa dengan pendeklamator!

3 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Betul tu. Ilmu menulis sajak dengan mendeklamasikannya tidak sama. Jadi, jangan harap orang yang menulis sajak boleh mendeklamasikannya dengan baik, begitu juga sebaliknya. Namun, sekiranya penulis itu mampu menguasai kedua-duanya adalah suatu bonus.

Tahniah atas percubaan yang tidak kurang baiknya juga.

marjan s berkata...

terima kasih atas perhatian saudara terhadap puisi saya

Tanpa Nama berkata...

terima kasih diatas perhatian anda terhadap puisi saya