Koleksi Tulisan Seorang Guru

Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."

Jika entri sebelum ini, saya menulis berkaitan senarai buku yang hendak disambar pada 2013 sekiranya diizinkan oleh Allah. Saya teruskan sahaja dan tak perlu untuk berbunga-bunga. Kali ini saya hendak berkongsi berkenaan dengan seorang penulis yang juga seorang guru. Beliau dikenali sebagai 'Penulis Sayembara' kerana hanya mengeluarkan novelnya setahun sekali. Saya mengenali beliau menerusi novel 'Bukan Legasi Lalang' yang mengangkat latar Melaka sebagai asas penceritaannya. Selain itu, 'Bukan Legasi Lalang' diangkat sebagai johan pada tahun 2000 sewaktu beliau masih bergelar penuntut di sebuah universiti terkemuka di New Zealand. Selepas membaca karya beliau yang pertama, saya berhasrat untuk mengumpul semua karya beliau sehinggalah yang terkini. 

Punca atau faktornya cukup mudah, karyanya yang mudah difahami, mesej yang jelas dan isu yang diangkat. Tidak bermaksud novel lain tidak mempunyai citi-ciri ini, tetapi saya lebih mudah untuk mendalami intipati yang terdapat dalam karya beliau ini, selain harganya yang berpatutan dengan nilai karyanya. 

Sri Rahayu Mohd Yusop

Boleh dikatakan, setiap tahun beliau akan mengungguli senarai pemenang sayembara ini. Beliau pernah mempertahankan gelaran juara untuk kategori novel remaja selama lima  tahun berturut-turut. Yang terbaru, beliau menempah tempat ketiga untuk HSKU 2011 dengan judulnya 'Rimba Jiwa'.

Himpunan Novel HSKU Sri Rahayu Mohd Yusop

Untuk membaca karya-karya Sri Rahayu Mohd Yusop ini, boleh klik di sini.


p/s: Hasrat 2012 untuk menghantar naskhah tidak kesampaian dan tumpuan seterusnya untuk 2013. Barangkali ada laluannya. Selepas ini, akan ditulis berkaitan dengan seorang lagi yang mengungguli tempat selama tiga tahun berturut-turut.

4 ulasan:

Tetamu Istimewa berkata...

Ya, antara penulis wanita yang berjaya menempatkan diri dalam dunia penulisan kreatif ini.

Kagum melihat semangat Sri Rahayu. Moga mampu menyerap semangatnya untuk saya menulis novel pula suatu hari nanti.

Unknown berkata...

Ya, saya juga Abang Helmi. Selain Sri Rahayu, beberapa orang penulis wanita menjadi kekaguman saya seperti Nisah Haron, Salina Ibrahim, Raihani Mohd Said dan lain2 lagi...

Sanisha Bogaraja berkata...

Seorang lagi yang mengungguli tempat selama tiga tahun berturut-turut, saya menjangkakan Faizal Tehrani, mungkin? :P

Unknown berkata...

Sanisha; barangkali beliau. sebab sebelum itu pun ada juga... :)