2013: Harapan dan Sasaran
Assalamualaikum.
"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."
2013 sudah pun memasuki hari yang keempat. Setelah berhempas pulas menyambutnya pada 1 Januari lalu, hari ini semuanya berhempas pulas pula untuk mengejar cita-cita dan meneruskan kerja-kerja yang tertangguh atau baharu dimulakan. Sama-sama kita doakan semoga semuanya berjaya dan dipermudahkan segala urusan.
Seperti saya juga. Memasuki 2013 menambah lagi debar dan getar kerana tahun ini juga saya perlu menghadapi sesi praktikum pertama sebagai latihan pengajaran sebelum ditempatkan pada 2015 kelak, insya-Allah. Banyak perkara yang harus diselesaikan sebelum menemui tarikh 1 April nanti. Bercerita mengenai hal penulisan, saya mengharapkan agar tahun 2013 ini dapat mengekalkan momentum yang dicipta pada 2012 dan mungkin lebih baik lagi untuk tahun ini. Insya-Allah.
p/s: Awal 2013 yang sudah disiapsiagakan dengan sebuah tulisan... :)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Sememangnya waktu praktikum sangat mengerikan. Namun, adakalanya manis untuk dikenang sampai bila-bila. Ternyata dunia praktikum tidak boleh disamakan seratus peratus dengan dunia pendidikan sebenar. Tetapi, sebagai guru, kita harus menyesuaikan diri dalam apa-apa saja keadaan.
Harus kuatkan semangat dan bersedia dari mental dan fizikal.
Semoga berjaya.
Catat Ulasan