Rindu Seorang Rafik
Assalamualaikum.
"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."
Sudah menjangkau jam satu pagi. Namun, kantuk belum lagi bertandang yang pinginkan pelupuk mata ini berehat. Memandangkan petang semalam (5 Januari) sudah dikerjakan seluruh tenaga bermain badminton bersama-sama dengan rakan kelas, kesannya dirasai sekarang. Penat tetapi tidak mampu melelapkan mata.
Kini, saya sedang mengulang baca sebuah kumpulan cerpen yang berjudul "Rindu Seorang Rafik" hasil tulisan Nisah Haron, antara penulis yang saya minati karyanya. Sebenarnya, saya sudah hadami kumpulan cerpen ini pada 2011 yang lalu, tetapi setelah kemarau buku baharu, saya mengambil keputusan untuk mengulang baca mana-mana buku yang menjadi pilihan. Kumpulan cerpen ini memuatkan 16 buah cerpen yang menyingkap pelbagai latar tema. Sekarang, saya sudah berada pada cerpen yang kelima (tebakan sahaja), iaitu pada cerpen yang menjuduli kumpulan ini, Rindu Seorang Rafik.
Kulit Buku
Pembacaan kali ini, saya lebih kepada mengkaji struktur karya dan maksud tersurat yang terdapat pada karya. Hal ini bertujuan untuk memantapkan lagi penulisan dan cara menghasilkan karya dengan baik. Sehingga kini (buat masa ini), cerpen yang memberi kesan kepada saya ialah "Sayap-sayap Kecil Di Grahara Jentayu", dan "Impian Tsu-Ryi I dan II".
p/s: Menuju perjalanan terakhir sebelum noktah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
Tersentuh bila membaca 'Sayap-sayap Kecil di Graha Jentayu.'
Salam.
Minat cerpen 'Di Bawah Lindungan Hudaibiyah'. Jarang sekali dapat membaca karya seperti itu, di mana penulis menulis dengan hampir begitu tepat mengenai watak yang cuba disampaikan, yang hampir serupa dengan manusiawi di realiti.
(:
Sanisha;
Ternyata anda faham maksud yang cuba disampaikan oleh penulis.
Mohd Haniff;
Ya, sangat terkesan.
Catat Ulasan