Buku 2013

Assalamualaikum.

"Guru bukan sekadar dengan buku dan pena penanda."

Percutian hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi, mengkala tahun baharu bakal tiba. Jadi, berbondong-bondonglah semua manusia untuk menetapkan azam untuk tahun tersebut. Saya? Mustahil jika mengatakan tidak untuk menetapkan azam, tetapi azam itu bukanlah memberi beban kepada saya sendiri. Dalam hal ini, saya lebih gemar menggunakan kata 'misi' sebagai pengganti kepada 'azam'. Kenapa? Adalah jawapannya!

Misi yang dinyatakan tadi adalah lebih menjurus kepada hala tuju saya sebagai seorang bakal pendidik. Selain itu, saya juga berhasrat untuk menetapkan beberapa target untuk dicapai dalam dunia penulisan yang baharu setahun jagung usianya. Yang paling penting, 'mengejar' beberapa naskhah yang sudah dimasukkan dalam senarai menunggu 2013 yang semestinya sangat mengujakan bagi saya. Nah, saya hadirkan naskhah yang ada dalam senarai menunggu!

Picasa Collages

Sepanjang petang tadi, sebelum hujan mengguyur, sebelum guruh berdentuman dengan dahsyat, sempat saya menggelintar dalam maya untuk menjejak buku-buku sebagai rujukan akademik, penulisan dan sebagai bacaan peribadi. Sebenarnya, ada beberapa lagi yang tidak ditemukan kulitnya, memandangkan cuaca sedikit mengujakan hari ini. Antaranya:

Buku Kekasih, tulisan Shaharom TM Sulaiman
Apa Ada Dengan Buku. tulisan Shaharom TM Sulaiman
Salahuddin: Penakluk Jerusalem, tulisan Abdul Latip Talib
Memoir Seorang Guru, tulisan Azizi Haji Abdullah

Ketiga-tiga buku ini ditulis oleh penulis yang menjadi kekaguman saya. Membaca tulisan Shaharom TM Sulaiman buat kali pertama, iaitu menerusi judul Biblioholisme, menjadikan saya lebih gemar untuk mendalami dunia pencinta buku, walaupun saya rasakan diri ini bukan dalam golongan ini (meski ada yang cakap saya ialah ahlinya). Abdul Latip Talib semestinya menjadi ikon buat saya kerana nuansa kepengarannya amat berkesan dengan mengetengahkan sirah para sahabat dan pejuang penegak panji Islam.   Yang paling hendak dimiliki ialah, Memoir Seorang Guru. Setelah membaca 'review' daripada seorang pembaca di sebuah laman sesawang, keterujaan bertambah lagi. Selepas ini, saya tidak bekira-kira untuk melabur di mana-mana toko buku untuk mendapatkannya. Sekiranya tiada, enjin cariannya saya halakan kepada Ujana Ilmu.

Selain daripada judul-judul di atas, sebagai persediaan menghadapi semester baharu yang saya kira mencabar kerana harus menjalani sesi praktikum buat kali pertama. Tambahan dengan struktur program pada semester akan datang sedikit mencabar dan 'mendugakan'.

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah, terbitan PTS Professional Sdn. Bhd.
Kuasai Struktur Ayat Bahasa Melayu, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
Sintaksis, terbitan PTS Professional Sdn. Bhd.
Morfologi, terbitan PTS Professional Sdn. Bhd
Budaya dan Pembelajaran, terbitan Oxford Fajar

Senarai di atas ini, sebenarnya sudah dimiliki sejak awal semester persediaan. Senarai di atas ini juga bukan sekadar digunakan untuk tujuan akademik sahaja, malah saya tetap gunakan setiap kali hendak menulis apabila berasa sangsi atau was-was dengan struktur penulisan.

Setakat itu sahaja, terima kasih.



p/s: Pihak Dawama membuat jualan promosi besar-besaran di AU3. Mahu pergi, tetapi tiada tahu akan arahnya!

9 ulasan:

Sanisha Bogaraja berkata...

Fathul, buku Memoir Seorang Guru pernah dijual masa pelancaran buku Antologi Puisi Elegan, kan?

Unknown berkata...

Ya, ada dijual masa tu dan andalah yang membelinya... :)

Sanisha Bogaraja berkata...

Bukan beli, hadiah. Terima kasih.

(:

p/s rasa bersalah... minta maaf~

Unknown berkata...

Oh, lupa! Dan tak perlu nak bersalah sangatlah. Hehehe.. Tak ada masalah pun sebenarnya. Stok masih ada di Ujana Ilmu

Sekarang puasa buku!

Sanisha Bogaraja berkata...

Walaupun mulut kata puasa buku, hati mesti meronta nak beli buku, kan? Haha. Faham benar, dengan perasaan itu. ^^ Xpe2, beli selagi mampu. Ilmu untuk dunia dan akhirat bukan? (;

Unknown berkata...

Tahu-tahu saja.

Insya-Allah berguna untuk bekalan dunia dan akhirat...

Sanisha Bogaraja berkata...

((:

Tetamu Istimewa berkata...

Antara penulis yang saya kagumi dan menjadi idola saya sampai sekarang adalah allahyarham azizi hj abdullah.

Penulis ini sangat hebat bagi saya. Sepatutnya telah dianugerahkan Sasterawan Negara. Barangkali dia tidak menjadi profesor atau tidak memasuki universiti dia dipandang sebelah mata.

Saya telah memiliki beberapa buah karyanya.
Antaranya:
Sangeetha
Tukcai
Memoir Seorang Guru
Pencinta Alam
Mandala Dunia Kedua
Harga Sebuah Maruah
Zikir Rindu
Seorang Tua di Kaki Gunung
Beruk
Suriati
Badai Semalam
Anak Belantara
Pendoa yang Ikhlas (kumpulan cerpen)
Kuras-kuras Kreatif
Pertiwi (kumpulan cerpen)
dan baru beli dan jumpa Wi & Wiliam.

Masih mencari beberapa buah karya yang belum berada dalam koleksi peribadi.

*sekadar perkongsian

Unknown berkata...

Wah, bagus sekali tu!

Saya pun sekarang sedang berusaha untuk mengumpul karya-karya penulis yang sudah mapan. Setuju juga dengan pendapat Abang Helmi, sepatutnya Allahyarham sudah menerima gelaran Sasterawan Negara...